PASRAH

PASRAH
KUPU-KUPU

Rabu, 09 Juni 2010

pengkelasan sosial

Pengkelasan Kelas Sosial, Perkaitan Antara Kelas Sosial Dan Pencapaian Pendidikan

BAB I
1. PENDAHULUAN
Kelas sosial para pelajar sering dikaitkan dengan kelakuan dan pencapaian para pelajar di sekolah. Iaitu dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi sesebuah keluarga mempunyai kolerasi terhadap perlakuan dan pencapaian akademik seseorang pelajar. Ini adalah karena latar belakang budaya keluarga mempengaruhi pembentukan jati diri pelajar yang disebabkan mereka lebih banyak menghabiskan masa bersama keluarga di rumah. Dalam arti kata lain, pelajar telah disosialisasikan dalam budaya keluarga mengikuti kelas sosial di dalam masyarakat. Pencapaian pelajar di dalam akademik ada kaitan juga dengan struktur kelas sosial di dalam masyarakat. Kelas sosial rendah tidak sepatutnya menjadi penghalang kepada para pelajar untuk mencapai prestasi akademik yang baik dan mampu bersaing dengan pelajar dari kelas pertengahan atau atasan. Kerjasama daripada pihak pemerintah, sekolah, guru dan masyarakat adalah diperlukan supaya pelajar dari kelas bawahan tidak terus terpinggir dan dipinggirkan kerana sebagian daripada pelajar ini mempunyai peluang yang cerah dalam akademik mengatasi pelajar dari kelas sosial pertengahan dan atasan.

2. LATAR BELAKANG
R.J. Stalcup (1968) telah mendefinisikan kelas sosial sebagai ‘a level in society made up of people consider themselves equal due to similarities in family backgrounf, level of education, occupation, race, and attitudes toward social issues’
Rohand Meighan (1986) menjelaskan walau apa cara definisi kelas sosial, ia tetap menggambarkan perbedaan cara hidup atau pendapatan di dalam sesuatu bangsa yang sama. Karl Marx pula menyatakan kelas sosial adalah kategori individu yang mempunyai hubungan yang sama terhadap punca-punca pengeluaran serta hubungan pengeluaran seperti sistem pengagihan dan pertukaran. Mark telah mengkategorikan masyarakat kepada tiga golongan iaitu :
• Golongan kapitalis atau borjuis yaitu mereka yang menguasai tanah dan pengeluaran
• Golongan menengah yang terdiri daripada pengawai pemerintah
• Golongan proletar yaitu mereka yang terdiri daripada buruh
Ahli-ahli sosiologi termasuk Max Weber setuju, bahwa terdapat lima kelas sosial yang boleh dibeda-bedakan yaitu:
a. Golongan atasan : Golongan ini terdiri daripada orang kaya dan juga ahli-ahli korporat. Mereka mendapat kekayaan hasil titik peluh mereka.
b. Pertengahan atasan : Terdiri daripada orang yang berpendidikan tinggi, profesional dan memegang jawatan yang baik di dalam sesuatu organisasi. Mampu memiliki kemewahan karena mempunyai pendapatan yang tinggi dan lumayan.
c. Kelas Pertengahan Bawahan : Mereka yang terdiri daripada lulusan sekolah menengah dan sedikit pemegang pendidikan sipil dan diploma. Mereka ini tidak sehebat seperti golongan pertengahan atasan namun mereka banyak memberi tumpuan terhadap pendidikan anak-anak mereka dengan harapan anak mereka mempunyai masa depan yang lebih baik dan terjamin dengan adanya pendidikan.
d. Kelas Pekerja : Terdiri daripada pekerja kolar biru yang mempunyai latar belakang pendidikan PMR sehingga SPM. Kebanyakan mereka bekerja dengan menggunakan kemahiran yang ada seperti buruh binaan, tukang paip, pekerja kilang, pemandu kenderaan dan sebagainya.
e. Golongan Bawahan : Terdiri daripada mereka yang mempunyai kelulusan yang amat rendah dan ada juga yang tidak pernah langsung melalui pendidikan secara formal.
Di atas pahamanan kelas sosial ini maka wujud pengelasan status di dalam masyarakat. Contohnya di Amerika Syarikat, masyarakat dikelaskan kepada enam golongan yaitu: kelas sosial atas lapisan atas (upper-upper class), kelas sosial atas lapisan bawah (lower-upper class), kelas sosial menengah lapisan atas (upper-middle class), kelas sosial menengah lapisan bawah (lower-middle class), kelas sosial bawah lapisan atas (upper-lower class), kelas sosial lapisan sosial bawah lapisan bawah (lower-lower class).
Pengkelasan sosial ini mewujudkan jurang kemasyarakatan di antara individu di dalam masyarakat. Satu pendekatan untuk memperlihatkan hubungan kelas sosial, pendapatan dan ciri-ciri mereka yang terlibat telah dikemukakan oleh Daniel W. Rossides (1976). Walaupun ia menggambarkan sistem kelas di Amerika Serikat dan tidak sesuai untuk diaplikasikan di negaranya, namun hanya sedikit sebanyak memberikan gambaran tentang pengkelasan sosial dalam masyarakat khususnya di Amerika Serikat.
Di Tanah Melayu pula, semasa zaman penjajahan, kelas sosial di kalangan orang Melayu lebih merupakan perbedaan antara golongan bangsawan dan rakyat jelata dan golongan ini mendapat pendidikan khusus di bawah pengajar yang terlatih. Skenario ini tidak dapat dirasakan oleh rakyat biasa yang mana kelas rakyat lebih menekankan mata pelajaran seperti bertukang, berkebun dan anyaman. Ketidakseimbangan dalam pelajaran ini menyebabkan timbul konflik di antara golongan bangsawan yang terus dilimpahi dengan kesenangan dan pendidikan yang sempurna sedangkan golongan rakyat pula meneruskan kehidupan tanpa mendapat apa-apa keistimewaan khususnya dalam pendidikan dan mata pencarian.
Akan tetapi konsep pengelasan kelas sosial tidak berlaku dalam dunia Islam karena dalam Islam bukan terletak kepada status pemilikan harta. Islam tidak mengajar umatnya meletakkan kemuliaan pada harta benda dan uang. Sebaliknya Islam lebih meletakkan ilmu, iman, takwa dan amalan soleh sebagai pengukur dalam kehidupan dunia dan akhirat. Islam menegaskan aspek takwa sebagai faktor utama dalam menentukan status sosial karena apabila takwa diletakkan di tempat yang teratas berbanding harta benda dan uang supaya tidak timbul perasaan bangga, ego, lupa diri dan kelas sosial sepatutnya tidak wujud sama sekali dalam masyarakat Islam hari ini. Tetapi manusia yang telah mengikuti pahamanan Karl Mark dan Weber tentang pengaplikasian kelas sosial dalam masyarakat hari ini. Kewujudan kelas sosial ini disebabkan oleh status individu yang berbeda-beda di dalam masyarakat. Individu di dalam masyarakat memperoleh statusnya melalui:
• Ascribed status yaitu kedudukan yang diperolehi secara optimis tanpa sembarang usaha. Contohnya status yang sudah diperolehi sejak lahir seperti gelaran bangsawan dan keturunan.
• Achieved status adalah kedudukan yang diperoleh seseorang dengan sengaja. Contohnya kedudukan yang diperolehi melalui pendidikan dan bakat.
• Assigned status merupakan kombinasi dari perolehan status secara optimis dan status yang diperolehi melalui usaha yang rajin dan tekun dalam sesuatu kerja.
Akibat daripada pengelasan sosial ini, ia memberi kesan terhadap pendidikan pelajar. Latar belakang keluarga mempunyai hubungan yang rapat dengan tahap pencapaian akademik pelajar di dalam pendidikan. Kajian Anderson (1994) mengenai kesan penglibatanorang tua ke atas pencapaian akademik pelajar mendapati jika orang tua terlibat secara langsung dan aktif dalam pendidikan anak-anak mereka, anak-anak mereka akan mencapai keputusan yang lebih cemerlang dalam hasilnya jika dibandingkan dengan pelajar yang mempunyai orang tua yang tidak tidak terlibat secara langsung dengan pendidikan mereka.
Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan orang tua dan tahap pendidikan orang tua. Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan orang tua dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini karena mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian Siti Nor Yaakob (1990) yang mendapati bahawa hubungan signifikan yang tinggi antara taraf pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak mereka. Orang tua yang mempunyai pendidikan menengah dan yang berpelajaran mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap anak-anak mereka. Kajian-kajian ini menunjukan perkaitan antara sumber ekonomi orang tua telah memberi sumbangan yang besar dalam pencapaian akademik pelajar.

3. PERMASALAHAN
Masyarakat menilai kedudukan dan status individu melalui pencapaian pendidikan, kemahiran, pendapatan, harta yang dipunyai, keturunan, kedudukan politik, kuasa atau autoriti yang dimiliki, asal usul ras dan etnik, sumbangan terhadap negara seperti mempunyai rekod-rekod peringkat Malaysia atau dunia, pencapaian di dalam sukan, anugerah atau darajat yang dimiliki dan lain yang berkaitan. Persepsi atau pandangan individu terhadap kelas sosial begitu ketara kini. Individu yang mempunyai kuasa dan uang yang banyak lebih dipandang tinggi di dalam masyarakat berbanding individu yang bekerja di ladang getah bersawah atau makan gaji. Skenario ini disebabkan oleh ketidakseimbangan pencapaian di antara individu di dalam masyarakat yang telah mewujudkan pengkelasan sosial. Konsep kelas sosial ini tidak lepas lari daripada kejadian ’social inequality’atau ketidaksamaan sosial yang merujuk kepada ketaksamaan peluang-peluang atau ganjaran untuk manusia dalam kedudukan sosial yang berbeda akibat sistem strasifikasi.
Pengkategorian kelas sosial ini secara tidak langsung memberi dampak kepada pencapaian akademik pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, institut kemahiran mahupun di institut pengajian tinggi. Dengan kata lain, latar belakang sosio-ekonomi mempunyai kolerasi terhadap pencapaian akademik pelajar. Pelajar daripada kelas atasan dan pertengahan tidak menghadapi banyak kesulitan dan semasa pembelajaran mereka. Ini adalah disebabkan keluarga mereka berkemampuan untuk memenuhi segala permintaan dan kehendak yang berkaitan dengan pendidikan anak-anak mereka.
Kategori bawahan yang dikaitkan dengan kemiskinan ini berasaskan kepada komponen ekonomi yang dilihat dari dua aspek iaitu kemiskinan mutlak dan kemiskinan relatif. Kemiskinan mutlak merujuk kepada keadaan kekurangan pendapatan kasar bulanan untuk membeli keperluan isi rumah yang meliputi keperluan makanan, pakaian, tempat kediaman, dan keperluan asas lain.
Pelajar-pelajar yang miskin dari segi ekonomi mungkin terpaksa membantu orang tua dalam mencari rezeki atau dikehendaki mengurus urusan rumahtangga. Ini berarti masa untuk belajar dan membuat kerja rumah akan berkurang. Kemiskinan juga membawa kepada kurangnya kemudahan-kemudahan seperti komputer dan buku-buku rujukan tambahan di rumah yang boleh membantu mereka mencapai tahap pencapaian akademik yang lebih tinggi.
Teori konflik nilai yang menyatakan bahawa konflik akan wujud sekiranya terdapat jurang perbedaan sosial yang luas di antara satu kelompok masyarakat dengan kelompok masyarakat lain. Konflik juga akan berlaku jika sesuatu kelompok itu tidak menghormati adat dan sensitivity kelompok yang lain
BAB II
PEMBAHASAN

Terdapat berbagai faktor daripada pengelasan kelas sosial ini yang memberi dampak kepada pencapaian akademik pelajar. Di antaranya adalah faktor ekonomi, kesehatan, tempat tinggal, struktur keluarga, tahap pendidikan orang tua, cara memberi pedidikan oleh orang tua, pengaruh luar yang terdiri daripada masyarakat dan rekan sebaya. ternyata kemiskinan memberi dampak terhadap proses pembelajaran pelajar tidak kira pelajar di peringkat sekolah rendah, menengah, dan perguruan tinggi Menurut Rohana Yusof (1997), kemiskinan secara umumnya diartikan sebagai ketidakupayaan untuk memenuhi keperluan-keperluan asas yang minimum untuk hidup seperti keperluan makanan, perumahan, pakaian, pelajaran, kesihatan, kebajikan dan kemudahan sosial yang lain.

a. Ekonomi
Pelajar daripada keluarga kelas bawahan, tidak mampu memiliki segala peralatan persekolahan seperti alat tulis, buku pelajaran, buku latihan dan keperluan persekolahan seperti pakaian seragam sekolah, perbelanjaan harian dan kasut. Sehubungan ini, timbul rasa rendah diri yang menyebabkan mereka terasing daripada pelajar lain. Beban yang dipikul dan kengkangan dari keluarga akibat faktor keuangan yang mendesak menyebabkan ada di kalangan pelajar menjadi putus asa walaupun mendapatkan hasil yang baik di sekolah. Ini adalah kerana terdapat kajian tentang prinsip yang membandingkan secara keseluruhan antara golongan yang berasal dari golongan sosio ekonomi yang tinggi dengan golongan yang berasal dari keluarga yang sosio ekonomi yang rendah. Kajian yang dilakukan adalah menguji anak-anak yang datang dari dua golongan yang berasal dari dua golongan, yaitu golongan orang tua yang berpendapatan tinggi dan rendah.
Pelajar dari golongan keluarga pertengahan dan atasan sangat beruntung kerana faktor uang tidak menjadi masalah mereka. Segala keperluan untuk pembelajaran dapat dilunaskan oleh orang tua. Ada ketikanya kemewahan yang dirasakan membuatkan pelajar leka dan lalai di dalam pelajaran dan akhirnya ada di antara mereka yang menjadi terbelakang dalam prestasi

b. Kesehatan
Kesehatan yang baik merupakan faktor penting di dalam kehidupan pelajar. Badan yang sehat akan menjaga otak yang cerdas. Dari aspek kesehatan, mereka yang berpendapatan tinggi dan pertengahan lebih mampu untuk memperolehi kemudahan kesehatan yang lebih baik dibanding dengan golongan yang berpendapatan rendah. Dengan demikian, orang yang kaya adalah lebih sehat berbanding dengan orang miskin. Terdapat kajian yang menunjukkan mereka yang berpendapatan rendah lebih mudah mendapat penyakit seperti serangan jantung, kencing manis, darah tinggi dan kanser berbanding orang yang kaya.
Pelajar daripada golongan menengah dan atasan tidak timbul masalah untuk mendapatkan penanganan di klinik atau rumah sakit karena ibu bapa mereka berkemampuan untuk membayar biaya perawatan. Setengah daripada pelajar ini mempunyai dokter pribadi sendiri. Golongan bawahan pula hanya memakan makanan yang kurang berkhasiat dan sekadar mengisi perut saja. Akibatnya kebanyakan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah akan jatuh sakit, oleh itu dengan sendirinya mereka tidak dapat masuk kelas.
Terdapat juga pelajar yang mengidap penyakit kronik tidak mendapat perawatan yang sewajarnya akibat daripada kesulitan hidup yang dialami. Kebanyakan mereka hanya mendapatkan perawatan secara traditional dengan mengambil obat melalui rebusan akar-akar kayu atau tanaman herbal.

c. Tempat tinggal
Suasana yang kondusif amat penting di dalam proses pembelajaran. Akan tetapi suasana seperti ini tidak dapat dirasakan oleh pelajar daripada keluarga golongan bawahan. Kebanyakan daripada mereka tinggal di rumah yang sempit dan ada juga pelajar yang tinggal di rumah yang tidak mempunyai kemudahan asas seperti air dan listrik. Hanya lampu minyak tanah digunakan semasa mereka belajaran pada waktu malam dan sungai untuk mandi dan membasuh pakaian. Apabila musim kemarau pula, pelajar–pelajar ini berasa tidak nyaman akibat terlalu panas yang menyebabkan mereka sentiasa mengantuk. Keadaan sebegini mengganggu proses pembelajaran dan penumpuan para pelajar. Winston Churcill, seorang negarawan Inggris yang menyatakan bahawa manusia membina bangunan, tetapi kemudiannya bangunan itu pula membentuk tingkah laku manusian.
Faktor disekitar juga memainkan peranan penting dalam mempengaruhi perlakuan seseorang. Anak-kanak lebih mudah mengikuti apa yang berlaku di sekitar mereka tanpa mengetahui baik dan buruknya. Kesan jangka pendek yang menjadi pilihan golongan ini ialah melibatkan diri dalam kegiatan anti sosial seperti mencuri, memcopet, merampok, mengedar narkoba dan lin-lain. Terdapat juga faktor-faktor lain yang turut mempengaruhi gejala sosial ini seperti, penceraian dan kawasan persekitaran perumahan yang tidak mempunyai prasarana yang sempurna (Yayasan Strategik Sosial 2002).

d. Struktur keluarga
Kebanyakan pelajar dari keluarga atasan dan menengah mempunyai ahli keluarga yang tidak ramai. Ada di antaranya merupakan anak tunggal di dalam keluarga. Bagi pelajar di dalam golongan kelas bawahan, keluarga mereka agak ramai. Adik-beradik yang ramai ini menyebabkan orang tua mereka tidak dapat memberi sepenuh perhatian kepada setiap orang anak. Fokus hanya untuk mencari uang untuk memberi makan keluarga. Kebaikan mempunyai adik-beradik yang sama ialah saling tolong menolong dan bekerjasama di antara satu sama lain untuk mencapai keberhasilan dalam pendidikan dan prestasi.
Dari segi kestabilan perkawinan, dikatakan penceraian kerap berlaku pada kelas sosial bawahan karena pengangguran dan masalah ekonomi yang boleh menimbulkan pergeseran antara suami dan istri. Akibatnya daripada penceraian dan ketidakharmonisan rumahtangga ini, pelajar hilang tumpuan terhadap pelajaran dan mengambil jalan mudah dengan keluar dari rumah untuk mencari ketenangan. Keluarga yang diasuh oleh ibu tunggal juga dikatakan lebih kerap berada di dalam golongan bawahan ini. Ini adalah karena kebanyakan ibu tunggal ini perlu menafkahi keluarga. Anak-anak yang sedang tumbuh besar memerlukan perhatian daripada ibu mereka, akan tetapi masalah keuangan yang mendesak menyebabkan kebaanyakan ibu tunggal ini tidak dapat menumpukan sepenuh perhatian terhadap anak dan pelajaran mereka.
H.Thomas (1957) membuat kajian tentang keutuhan keluarga. Kajian ini dijalankan di Jerman Barat. Beliau menyelidik hasil penilaian guru-guru sekolah terhadap prestasi dan tingkah laku kanak-kanak yang tergolong dalam dua golongan, yaitu yang berasal dari keluarga yang utuh dan tidak utuh. Beliau membandingkan prestasi anak-anak dari dua golongan ini. Hasil kajian mendapati kelompok anak-anak dar keluarga utuh memberi hasil yang baik jika dibandingkan dengan anak-anak dari keluarga tidak utuh.
Masyarakat tidak seharusnya memberikan pandangan yang negatif dan menunjukkan reaksi menolak kepada pelajar yang datang dari keluarga yang tidak utuh ini. Ini adalah karena terdapat teori yang menjelaskan bahawa peraturan yang ada mendapat tentangan daripada golongan yang tidak berpuas hati dan sebagai langkah untuk menunjukkan rasa tidak puas hati ini, mereka mula terlibat dengan berbagai masalah sosial. Sebagai contoh, remaja yang melepak dan membuat bising di kawasan perumahan kerana mengalami krisis kekeluargaan. Lama-kelamaan mereka berkumpul dan mewujudkan kumpulan yang berunsurkan bantahan seperi “punk”. Seharusnya masyarakat lebih prihatin dan tidak membuat sebarang hukuman atau tindakan melulu di dalam menangani masalah sosial di kalangan pelajar.

e. Tahap pendidikan orang tua
Orang tua yang berpendidikan mampu memberi pengajaran dan bimbingan kepada anak mereka untuk terus berprestasi dalam pendidikan. Ini adalah hasil daripada pengalaman mereka sewaktu sekolah dan di peringkat universiti. Orang tua daripada golongan bawahan pula, kebanyakannya tidak mendapat pendidikan formal dan ada juga di antaranya tidak pernah ke sekolah. Oleh itu mereka tidak pernah merasa pengalaman bersekolah di dalam konteks menimba ilmu ini. Akibatnya mereka kurang memberi dorongan dan motivasi kepada anak-anak mereka untuk bersekolah maupun meneruskan persekolahan. Keadaan ini menyebabkan pelajar tidak bersemangat untuk ke sekolah karena mereka lebih rela membantu orang tua saja di rumah ataupun bekerja di usia yang muda. Terdapat juga pandangan orang tua terhadap anak perempuan yang menyatakan belajar setinggi manapun akan ke dapur juga.
Walau bagaimanapun tahap pendidikan orang tua ini bukanlah menjadi isu kepada pencapaian pendidikan pelajar. Walaupun hidup di dalam kemiskinan ada juga orang tua yang sentiasa memberi galakkan kepada anak mereka untuk terus berprestasi di dalam pendidikan dan kehidupan. Orang tua dalam di kelas pertengahan, lebih child centered karena memberi banyak peluang kepada anak mereka untuk menambahkan pengetahuan melalui pendidikan. Mereka lebih memberi kebebasan untuk anak mereka memilih dan mengalami suasana pembelajaran yang sebenarnya, disamping memberi peluang kepada anak mereka untuk belajar ke peringkat yang tertinggi karena tidak halangan dalam keuangan.

f. Pengaruh rakan sebaya
Rakan sebaya memberi pengaruh yang agak besar di dalam pertumbuhan sosial seseorang pelajar. Secara psikologi, gerak gerik dan perlakuan pelajar yang negatif lebih kuat pengaruhnya ke atas pelajar yang berkawan dengannya. pelajar yang menyimpang atau negatif mencoba mempengaruhi kawan-kawannya yang lain untuk menyertai tindakannya yang lebih negatif.
Pelajar di sebuah sekolah bebas bergaul di antara satu sama lain tanpa memikirkan bangsa, ras, latar belakang dan kaum yang berbeda-beda yang dihimpunkan di dalam satu insitusi pendidikan yang sama. Akan tetapi terdapat pelajar dari keluarga bawahan yang kurang berkomunikasi karena merasa kecil atau malu disebabkan keadaan diri yang serba kekurangan. Mereka lebih senang bergaul dengan rakan sebaya yang seangkatan dengan mereka. Ini menyebabkan pelajar ini berada di kelompok mereka saja, sedangkan di dalam mencari ilmu setiap pelajar perlu berinteraksi antara satu sama lain untuk bertukar-tukar pikiran dan ide mengenai pelajaran mereka.
Pelajar yang lemah di dalam pelajaran boleh bertanya atau berbincang dengan pelajar yang pintar. Pergaulan dengan rakan sebaya ini memberi dampak yang positif dan negatif di dalam proses pembelajaran pelajar. Dari sudut positifnya, tidak kira apa juga kelas sosial mereka boleh bekerjasama untuk cemerlang di dalam pendidikan mereka. Dari sudut negatifnya, pengaruh yang tidak sehat daripada hasil pergaulan antara rakan sebaya seperti menghisap rokok, ponteng sekolah atau kuliah, menghisap ganja, bermain video game di pusat-pusat video dan sebagainya memberi tauladan yang tidak baik di dalam kehidupan seseorang pelajar. Azizi Yahaya et. al (2004). Psikologi Sosial. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.

g. Faktor sekolah dan guru
Selain rumah, sekolah merupakan tempat di mana pelajar banyak menghabiskan masa dalam sehari. Pengurusan sekolah yang berkesan dalam kepimpinan pengajaran dan kurikulum serta pengajar yang efisien meningkatkan kualitas pengajaran dan pembelajaran. Pencapaian pendidikan pelajar juga dipengaruhi oleh kaedah pengajaran pengajar. Seseorang pengajar yang mengajar dalam kaedah traditional yaitu dengan lebih banyak memberi arahan tanpa menggunakan teknologi dalam pengajarannya saja penggunaan power point, model dan simulasi menyebabkan suasana kelas menjadi hambar dan membosankan. Pelajar tidak termotivasi untuk mengikuti proses pengajaran dan pembelajaran.
Lokasi sekolah yang kurang sesuai seperti di sekitar tempat yang bising dan sekolah yang terletak terlalu jauh sehingga pelajar menghabiskan banyak waktu dan tenaga dalam perjalanan pergi dan balik ke sekolah mempengaruhi pembelajaran pelajar.
Terdapat beberapa 4 langkah yang dapat diterapkan untuk memaksimalkan pencapaian akademik pelajar khususnya pelajar yang datang daripada keluarga bertaraf sosio ekonomi rendah.
1) Peran Orang tua
Peran orang tua atau keluarga perlu dilakukan sejak dari awal tahun pembesaran anak-anak mereka. Ini adalah karena hasil langkah awal ini mendorong pelajar untuk terus berdisiplin dalam akademik pelajar. Orang tua harus peka terhadap perkembangan akademik anak mereka tanpa mengira status sosio ekonomi keluarga. Memang tidak dinafikan pelajar daripada golongan berpendapatan rendah mempunyai orang tua yang kurang pintar akan tetapi sokongan ibu bapa, perancangan pembelajaran berjadwal dan berinteraksi secara langsung antara orang tua dan pelajar membantu pelajar dalam pencapaian akademiknya. Antara peranan orang tua dalam mendidik anak-anak adalah seperti berikut :
• Menyediakan keperluan asas seperti buku, peralatan, tempat belajar dan sebagainya.
• Mendisiplin anak mereka dalam penghidupan dan akademik.
• Mengawasi perkembangan anak mereka
• Sabar mengajar
• Sentiasa berbincang dengan guru kelas
• Ikuti perkembangan dan kemajuan anak di sekolah.
• Memupuk budaya membaca dalam keluarga.
• Sentiasa mendoakan keberhasilan anak dan menjaga makanan mereka.
Orang tua perlu berusaha untuk menyediakan peluang dan suasana pembelajaran kepada anak-anak mereka yang mencakup aspek seperti perkembangan kognitif, kebersihan, perkembangan sosioemosi, amalan nilai budaya dan agama dan pendidikan literasi keluarga. Ada setangah orang tua yang sanggup berhabis uang untuk memberi kesenangan kepada anak mereka dari aspek akademik dan material. Sebagai balasan seseorang pelajar itu perlu mengingati pengorbanan dan jasa orang tua.
Terdapat kajian yang menunjukkan cara orang tua mendidik anak mempunyai hubungan dengan pencapai akademik. Kemesraan dalam keluaga boleh meningkatkan motivasi pelajar secara tidak langsung akan meningkatkan pencapaian akademik pelajar tanpa mengira latar belakang saja dari keluarga yang berpendapatan tinggi, sederhana dan rendah. Kemesraan dalam keluarga juga ada hubungan positif dengan harga diri pelajar (self-esteem).
2) Peranan guru dan sekolah
Sekolah merupakan cermin budaya kebangsaan dan budaya-budaya lain yang berada di sekitarnya. Bagi keluarga yang berada, mereka mau anak-anak yang mendapat pendidikan lebih baik dan memilih sekolah kawasan sekolah yang lebih sempurna. Justru jurang di antara lapisan masyarakat semakin melebar. Bagaimanapun, perbandingan kejayaan sesuatu sekolah tidak mengambil kira siapa pelajar sebaliknya kejayaan prestasi yang menjadi ukuran. Sekolah dan guru juga merupakan faktor yang mempengaruhi pembentukan dan pencapaian pelajar. Faktor sekolah ini merangkumi guru, kemudahan pembelajaran, persekitaran pembelajaran, pembiayaan pendidikan, sistem pendidikan, cara penyampaian pendidikan, program sokongan dan hubungan sekolah dengan masyarakat. Antara ciri sekolah yang berkesan adalah:
• Kepimpinan yang utuh
Sekolah cemerlang mempunyai kepimpinan yang utuh. Individu yang menilai pendidikan melihat diri mereka adalah pemimpin, bukannya pengurus. Mereka akan memantau prestasi setiap orang di sekolah termasuk guru, pelajar dan diri mereka sendiri. Pemimpin jenis ini mempunyai wawasan untuk menjadikan sekolah lebih menarik untuk dipelajari dan tidak binggung untuk mengambil tindakan tegas bagi merealisasikan hasrat tersebut.
• Harapan yang tinggi
Aspirasi guru yang tinggi terhadap pelajar. Mereka percaya semua pelajar boleh belajar. Justru, komunikasi dengan pelajar adalah realistik dan penuh dengan harapan.
• Menekankan kemahiran asas
Masih lagi berkisar dengan keupayaan menulis, membaca dan mengira kerana asas-asas ini menjadikan pelajar lebih cekatan untuk bergerak ke peringkat yang lebih tinggi.
• Persekitaran sekolah yang terkawal
Suasana yang kondusif dan nyaman adalah idaman kepada pelajar dan guru. Pelajar akan dapat belajar dengan lebih baik manakala guru pula akan lebih bersungguh-sungguh dan fokus dalam pengajaran mereka.
• Penilaian pelajar yang berterusan
Menilai adalah proses yang berterusan. Prestasi pelajar dipantau secara dekat dan tindakan perlu akan dilaksanakan setelah pelajar menunjukkan prestasi yang lemah atau tidak mencapai sasaran.
• Prihatin dengan wawasan
Pelajar dan guru diberikan padangan bersama yang hendak dicapai. Mereka bergerak bersama-sama dan tidak lekang daripada sentiasa mengingatkan kejayaan adalah milik semua.
• Fokus pada pembelajaran pelajar
Merancang, melaksana dan menilai adalah diberi sepenuhnya ke atas kualiti pembelajaran pelajar
Faktor guru dan sekolah sebagai indikator penting keberkesanan sekolah dan pencapaian pelajar. Bagi memastikan peranan guru yang berkesan, latihan perguruan perlu memperkukuhkan kualitas guru dari segi kualitas verbal, ilmu, metodologi pengajaran, kemahiran pemilihan bahan pengajaran, pembelajaran profeesional diri, minat belajar.
Guru berperanan bukan hanya terbatas kepada mengajar saja melainkan sebagai teman, fasilitator, dan konselor kepada pelajarnya. Setiap guru seharusnya mengetahui peranan dan tugas mereka secara terperinci jika mereka ingin berusaha melakukan dan menghasilkan pengajaran yang berkesan. Di antara tugas seorang guru ialah:
• menyampaikan ilmu pengetahuan
• menyampaikan maklumat pembelajaran
• menyampai dan memberi kemahiran
• memupuk nilai-nilai murni dan luhur sebagaimana yang telah disebutkan di atas
Sehubungan dengan itu, gaya pembelajaran konstruktivisme dicadangkan bagi diaplikasikan dalam pengajaran di dalam kelas. Ini adalah kerana kontruktivisme tidak mengemukakan kaedah pengajaran tertentu tetapi dalam penyampaian beberapa prinsip sepertimana yang dinyatakan oleh Jonassen (1991) dan Murphy (1997) boleh digunapakai antaranya :
• Wujudkan lingkungan yang baik dalam pembelajaran iaitu pembelajaran adalah relevan dengan kehidupan pelajar.
• Fokus kepada pendekatan yang realistic untuk menyelesaikan masalah sebenar di dunia ini yang perlu mencari penyelesaiannya.
• Matlamat dan objektif dipilih atau melalui perbincangan dengan guru atau sistem.
• Aktivitas, peluang, alat dan persekitaran disedia untuk menggalakkan berlakunya meta kognisi, analisis kendiri dan refleksi.
• Pelajar memainkan peranan utama dalam proses pembelajaran dan mengawal pembelajarannya.
• Perbincangan, koloberasi dan pengalaman.
• Penerokaan adalah pendekatan yang diutamakan.
3) Peranan masyarakat / Komunitas
Masyarakat yang prihatin akan sentiasa membantu kepada keluarga yang memerlukan pertolongan khususnya kepada keluarga dari golongan bawahan. Untuk mempertingkatkan lagi kemudahan belajar bagi pelajar dari keluarga berpendapatan rendah.
Setiap ahli masyarakat seharusnya memainkan peranan penting dalam melaksanakan tanggungjawab sosial mereka. Sehingga kini wadah utama penglibatan masyarakat adalah melalui Persatuan orang tua dan Guru dalam peranan yang baik. Seharusnya masyarakat sekarang ini lebih bersifat fungsionalisme dalam memartabatkan pendidikan tanpa mengira latar belakang, kaum, bangsa dan agama.
4) Peranan pelajar sendiri dalam mengubah nasibnya.
Islam sangat tegas dalam menekankan kepentingan mencari ilmu sebagai mekanisme untuk keluar daripada kemiskinan. Semua ini adalah bergantung kepada sikap dan rasa tanggungjawab pelajar terhadap pembelajarannya dan rasa tanggungjawab untuk memajukan kehidupan dirinya dan keluarga. Sikap ini dipengaruhi melalui cara seseorang pelajar itu dibesarkan yaitu cara pembentukan personaliti dan latar belakangnya. Sebagai contoh, Thomkins (1987) mencadangkan bahwa anak-anak yang diperlihara oleh orangtua yang memberi nilai yang tinggi pada keunikan dan kebebasan untuk meluahkan perasaan mereka cenderung untuk menjadi dewasa yang menghargai sikap politik yang liberal, sementara itu anak-anak yang dipelihara oleh ibu bapa yang menekankan pematuhan dan penurutan kepada peraturan cenderung untuk membentuk sikap anak mereka politik yang konservertif. Begitu hebatnya pengaruh orang tua dan persekitaran dalam pembentukan sikap dan sahsiah seseorang pelajar.
Seseorang pelajar khususnya di dalam golongan keluarga yang berpendapatan rendah perlu mempunyai ciri-ciri berikut untuk menjadi pelajar yang dinamik:
• Berusaha bersungguh-sungguh dan mempunyai rasa tanggungjawab dalam bidang pelajaran
• Berminat untuk menjadi ketua pengawas dan mau melibatkan diri dalam kegiatan luar kelas
• Mempunyai tahap komunikasi yang baik dengan rekan, guru dan orang yang lebih tua
• Mempunyai sifat-sifat mulia seperti tidak meninggi diri, bercakap besar dan jujur dalam setiap tindakan
Motivasi juga memainkan peranan penting untuk mencapai pencapaian akademik yang cemerlang. Kebiasaannya pelajar yang berjaya ialah pelajar yang mempunyai motivasi yang tinggi. Ini adalah karena motivasi merupakan satu daya yang paling kuat untuk memperoleh kecemerlangan (Toh Hon Leong, 2000). Menurut beliau lagi, pelajar yang cemerlang tanpa mengira latarbelakang sosio ekonomi keluarga ialah pelajar-pelajar yang dapat memfokus kepada penyebab kecemerlangan. Mereka dapat mencurahkan lebih masa, tenaga dan usaha kepada aktiviti yang penting dan kritikal untuk mencapai prestasi kecemerlangan. Menurut kajian dan penyelidikannya, beliau mendapati beberapa faktor penting untuk mencapai kejayaannya antaranya adalah strategi motivasi, strategi belajar, strategi berusaha, strategi pengurusan masa, strategi kesehatan diri dan strategi hasil prestasi.

BAB II
1 PENUTUP
Saifuddin Hj Masduki (1977) dalam kajiannya mendapati bahwa terdapat hubungan yang signifikan antara pencapaian akademik dengan pendapatan orang tua dan tahap pendidikan orang tua. Dapatan beliau menunjukkan arah kedua-dua hubungan adalah positif. Ini bermakna semakin tinggi pendapatan orang tua dan tahap pendidikan mereka, maka semakin tinggi tahap pencapaian akademik anak-anak mereka. Rusli Md Zain (1998) dalam kajiannya juga melaporkan terdapat hubungan positif antara pencapaian akademik dengan pendapatan keluarga. Ini karena mereka yang berpendapatan tinggi dapat memenuhi segala perbelanjaan persekolahan anak-anak mereka. Dapatan ini adalah selaras dengan kajian Siti Nor Yaakob (1990) yang mendapati bahawa hubungan signifikan yang tinggi antara taraf pendidikan ibu bapa dengan pencapaian akademik anak-anak mereka. Orang tua yang mempunyai pendidikan menengah dan yang berpelajaran mempunyai pengaruh yang lebih besar terhadap anak-anak mereka. Kajian-kajian ini menunjukan perkaitan antara sumber ekonomi orang tua telah memberi sumbangan yang besar dalam pencapaian akademik pelajar.
2 KESIMPULAN
Kesimpulanannya, memang tidak dihiraukan bahawa kelas sosial sangat mempengaruhi pencapaian akademik seseorang pelajar terutama sekali bagi golongan bawahan. Akan tetapi, tidak semua pengaruh itu adalah disebabkan oleh kelas sosial malah sikap dan sifat seseorang pelajar itu juga antara sebab penyumbang kepada kemunduran dan kecemerlangan dalam pembelajaran seseorang pelajar. Dapat disimpulkan bahwa pelajar dari golongan bawahan agak mundur dari segi pelajaran disebabkan oleh faktor ekonomi, tiada dorongan atau motivasi dari ibu bapa atau adik beradik, kesihatan, tempat tinggal dan pengaruh rakan sebaya. Kelemahan pendidikan pelajar bukan saja bergantung kepada faktor sosio-ekonomi malah institusi pendidikan juga memainkan peranan. Kelemahan dan ketidaksadaran guru, kepahaman guru yang rendah tentang kandungan kurikulum, latihan yang tidak setimpal serta sikap guru yang pasif turut mejatuhkan prestasi akademik pelajar.
3 SARAN
Ketidakseimbangan sosio ekonomi dalam masyarakat menimbulkan konflik di kalangan ahlinya. Jurang ekonomi yang melebar akan terus mendriskiminasikan golongan yang berpendapatan rendah. Implikasinya sangat mempengaruhi gaya penghidupan pelajar dan pencapaian mereka dalam akademik. Akan tetapi seluruhan sistem dalam masyarakat akan berfungsi sekiranya masing-masing memainkan peranan sebagai contoh sekolah dan guru yang mempunyai aspirasi untuk memartabatkan sistem pendidikan dan memberi usaha yang terbaik dari aspek pendidikan kepada pelajar, orang tua mempunyai interaksi yang baik untuk perkembangan akademik anak mereka dan pelajar tidak kira latar belakang dapat bergaul antara satu sama lain. Jelaslah disini walaupun terdapat konflik dalam masyarakat, akan tetapi interaksi dan fungsi masyarakat sangat diperlukan bagi mengatasi masalah ini.

DAFTAR PUSTAKA

Mohd Amim Othman, Nurihan Yahaya (2004) : Golongan Berpendapatan Rendah Realiti dan Cabaran. Penerbit Universiti Putra Malaysia
Amir Hasan Dawi (2006) : Penteorian Sosiologi dan Pendidikan Edisi Tiga. Quantum Books
Mohd Salleh Lebar (2007): Sosiologi Sekolah dan Pendidikan. Cetakan Ketiga. Thinker‟s Library
Mohd Azhar Abd. Hamid (2006): Panduan meningkatkan kecerdasan emosi. PTS Profesional
Baharom Mohamad, Ahmad Esa, Husin Junoh (2007): Psikologi Pendidikan dalam PTV. Terbitan UTHM
Esah Sulaiman (2006). Pengenalan Pedagogi. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.
Ma‟rof Redzuan (2001). Psikologi Sosial. Terbitan Universiti Putra Malaysia.
Azizi Yahaya et. al (2004). Psikologi Sosial. Terbitan Universiti Teknologi Malaysia.
www.classnetwork.net/foundations/drabdullah/drabd2008/pf1208sosialisasikeluarga.doc
www.classnetwork.net/lrt/PencLbSosial MuridDrAbd.pdf
micheal08.files.wordpress.com/2008/02/gc6273-kepengetuaan-sekolah.doc








Tokoh Islam


• Forgot your password?
• Forgot your username?
• Create an account

View shoutbox ShoutMix chat widget
Pengunjung Web


Hari ini 373

Kemarin 674

Minggu ini 1047

Bulan ini 1880

Total Pengunjung 114295
We have 12 guests online




>> Terbaru
• SAYYID MOHAMMAD HUSEIN TABATABA’I
• INALLAHA MA’ANA
• Renungan untuk Aktivis Dakwah
• Dimanakah Daratan Paling Rendah?
• Jika hati menjadi keras Pesan Baru
>> Terpopuler
• Departemen PPSDM 2009-10
• "DE EXIZ"
• Departemen KOMDATIN
• Program Kerja Dept. Komdatin
• Serba- Serbi Pakaian Akhwat


Powered by Joomla!. Designed by: Free Joomla 1.5 Theme, M6.net reviews. Valid XHTML and CSS.
(C) 2008, Departemen Komdatin Nadwah | Developed by Luthfi | Best Viewed on Mozilla Firefox - 1024 by 768 px | Online Sejak 23 Dzulhijjah 1429 H / 22 Desember 2008 M

Tidak ada komentar:

Posting Komentar